untitled
viviti

 

SMPIHM Rules

PERATURAN SEKOLAH


Adalah menjadi tanggungjawab penuntut untuk mengetahui , memahami dan mengikut segala peraturan-peraturan yang ditetapkan di sekolah ini. 

  • Setiap penuntut adalah diwajibkan datang ke sekolah pada hari-hari persekolahan sebelum 7.15 pagi. 
  • Penuntut-penuntut yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit atau sebab-sebab yang manasabah, penjaganya hendaklah menulis surat atau memberi maklum kepada pengetua. 
  • Penuntut-penuntut yang tidak hadir (escape) satu mata pelajaran dalam jadual sehari dengan tidak diketahui sebabnya akan diberi amaran.  Surat akan dikirim kepada penjaga. 
  • Penuntut-penuntut yang kedatangannya kurang daripada 85 peratus tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan awam (kecuali tidak hadir ke sekolah atas sebab-sebab yang tertentu) akan ditahan dalam tingkatan yang sama dalam satu tahun. 
  • Penuntut-penuntut adalah ditegah sama sekali melakukan perkara-perkara dibawah ini. 
    • Merokok 
    • Meminum Minuman Keras 
    • Menghidu Gam 
    • Melakukan sebarang jenis perjudian 
    • Menyimpan, Mengedarkan , Memakan , Menghisap dadah atau Ganja.
    • Melakukan perbuatan yang bercanggah dengan hukum-hukum Islam.
  • Penuntut lelaki tidak dibenarkan berambut panjang menutup telinga dan kolar baju. 
  • Penuntut perempuan tidak dibenarkan bersolek, memakai barang-barang kemas dan perhiasan yang berlebihan. 
  • Sekolah juga mengikut peraturan-peraturan yang diarahkan oleh Pihak Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan melalui surat-surat keliling berkenaan. 
  • Sekolah juga merujuk peraturan-peraturan yang disenaraikan dalam buku Hijau, Disiplin dan Asrama, Negara Brunei Darussalam, Kementerian Pendidikan 1984.

 

This Website Built and Hosted for Free at Bravenet.com

Web Hosting · Blog · Guestbooks · Message Forums · Mailing Lists
Easiest Website Builder ever! · Build your own toolbar · Free Talking Character · Email Marketing
powered by a free webtools company bravenet.com